Web Owner
|
bahar@srimerang.com |
Login
Menu
Topup Online
Mini Server
Top Sponser
websegera (3)
cuman (3)
purnama (3)
muhdy (2)
meezzy (2)
KAI (2)
mohdanuar (1)
Statistik
| Jumlah Ahli | 126 |
| Jumlah Ahli VIP | 41 |
| Jumlah Ahli Free | 85 |
| Jumlah Visitor | 85 |
| Jumlah Online | 5 online |
New Member
KarHydaySak(Linguere)
norhayati ali(kota tinggi)
NikkyRuNg(Jubail)
marini bt md rashid(kelantan)
mohammad dinie matin bin husri(pekan)
intasia(Northport)
mohd rizam azizan(kangar)
jessdrthomasg(Kakamega)
Zulkifli Ismail(Masai)
ygwezl(New York)
News
FAQ
Soalan Sering Ditanya.
Apakah konsep perniagaan ini?
Kami sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membina laman web dengan menawarkan beberapa pakej dengan harga yang amat rendah dan diluar dugaan jika dibandingkan dengan khidmat membina laman web yang biasa.
Siapa yang boleh melanggan pakej laman web ini?
Sesiapa sahaja. Anda bukan semestinya mempromosikan perniagaan, malahan, pakej laman web kami sesuai untuk website peribadi, website untuk kelab, sekolah, dan sebagainya.
Bagaimana untuk mendapatkan khidmat pakej laman web ini?
Amat mudah. hanya daftar, kemudian klik pada 'Kemaskini Laman Web' dan disitu terdapat borang. Isikan borang tersebut dan klik "Update", laman web anda akan terhasil serta merta.
Bagaimana dengan Percubaan 7 hari(Trial 7 Hari)?
kami berikan pakej laman web tersebut secara percuma sehingga 7 hari, kemudian, jika anda berpuashati, dan ingin meneruskanya, anda boleh membuat bayaran langganan serendah RM100 setahun.(PAKEJ PERMULAAN RM200)
Sekiranya anda tidak melanggan sehingga 7 hari, laman web anda akan ditutup sementara waktu sehingga 30 hari. Dalam masa 30 hari, anda masih boleh membuat pembayaran yuran langganan untuk meneruskan laman web anda. Selepas tamat 30 hari tanpa anda membuat pembayaran, laman web anda akan dipadam.
Apa alamat laman web saya nanti?
Alamat laman web anda nanti ialah www.bisnesonline.my/namaperniagaan anda
Berapa maksima langganan pakej setiap individu?
Tiada had maksima. Jika anda ingin memiliki 5 laman web berlainan, anda boleh melanggan 5 pakej.
Apakah yang dimadsudkan dengan Ahli Disahkan (Verified Member)?
Dalam perniagaan melalui internet, kepercayaan pelanggan terhadap adalah amat penting sebelum membeli produk anda. Sebagai pemilik perniagaan online, anda perlu dipercayai oleh pelanggan anda. Srimerang memberi peluang kepada anda untuk dipercayai oleh pelanggan dengan mengesahkan keahlain anda.
Bagaimana untuk menjadi ahli yang disahkan?
Hantarkan salinan Kad Pengenalan, bil elektrik/ air/ telefon (tidak semestinya nama anda) yang terkini tempat anda tinggal sekarang dan hantarkan ke faks 09-6531109. Kami akan menghubungi telefon anda bagi pengesahan terakhir dan kemudian status keahlian anda akan disahkan (Verified Member). Setelah anda menjadi ahli Disahkan, anda hanya boleh edit maklumat peribadi seperti nama, no telefon bimbit dan alamat anda melalui admin sahaja.
Pengesahan keahlian ini adalah percuma untuk Pakej Berbayar dan Caj bayaran RM10 untuk Pakej Percuma.
Saya ingin mencari pelanggan tanpa melalui laman web saya. Bagaimana?
Boleh, promosikan alamat web refferal iaitu www.bisnesonline.my/username anda
Bagaimana jika ingin menghentikan langganan pada tahun ke-2 dan seterusnya?
Mudah sahaja, anda tidak perlu membuat pembayaran langganan untuk tahun kedua. Laman web anda akan di padam setelah 30 hari anda tidak memperbaharui bayaran langganan.
Tetapi jika anda tidak melanggan untuk tahun ke-2 dan seterusnya, anda tidak akan menerima komisyen.
Bagaimana pula dengan komisyen?
Kami memberi peluang kepada anda untuk memperkenalkan pakej laman web ini kepada sesiapa sahaja dan kami berikan anda komisyen atas refferal tersebut. Di sudut laman web anda akan terdapat tawaran untuk melanggan pakej seperti anda, apabila pengunjung melayari laman web anda kemudian klik pada tawaran tersebut seterusnya melanggan seperti anda, kami berikan anda komisyen RM50.00
Bagaimana Komisyen dibayar?
Komisyen akan dikira secara Real Time. Komisyen boleh anda masukkan ke eWallet dan dari eWallet anda dan dari eWallet anda boleh buat pengeluaran ke akaun bank anda atau melalui cek.
Semua tuntutan pengeluaran akan diproses dan dibayar dalam masa 1-3 hari bekerja selepas anda membuat tuntutan.
Bank yang diterima : Anda boleh menuntut komisyen melalui akaun bank berikut dan caj sebanyak RM2 akan dikenakan (akan ditolak dari jumlah komisyen anda)
-
MAYBANK (Disarankan)
-
CIMB BANK (Disarankan)
-
AFFIN BANK
-
ALLIANCE BANK
-
AMBANK/AMFINANCE
-
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
-
BANK MUAMALAT
-
CITIBANK
-
EON BANK/ FINANCE
-
HONG LEONG BANK
-
HSBC
-
OCBC
-
PUBLIC BANK/ PUBLIC FINANCE
-
RHB BANK
-
SOUTHERN BANK
Untuk bayaran melalui cek, caj RM2.00 juga dikenaan untuk kos penghantaran cek dan penyata komisyen, walaubagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab sekiranya cek yang di hantar tidak sampai ke tangan anda melalui alamat yang anda berikan.
Disarankan menggunakan akaun Maybank. Bank-bank lain, akan mengambil masa 2 @ 3 hari untuk dimasukkan ke akaun anda.
Memerlukan pertanyan dan Soalan lebih lanjut?
Hantarkan segala pertanyaan ke email bahar@srimerang.com Pertanyaan yang telah terjawab di laman FAQ tidak diberi perhatian utama.